Thursday 21 August 2014

anakku anencaphely

Assalamualaikum....

Sekadar berkongsi pengalaman hidup...

2014 adalah tahun yang paling sedih buat diriku, husband n family..

awal januari 2014 aku dapati aku pregnant second baby. alhamdulillah happy sangat sebab lama dah tunggu. anak sulungku yasmin dah berumur 5 tahun. first trimester aku alah sikit2 je.. takde teruk sangat. tapi rasa pregnant kali ini lain sikit..time pregnant yasmin dulu xde alahan..rasa2 mcm nak dapat anak lelaki..erm..tak kisah la lelaki ke perempuan..husbandku kata yang penting anak kami sihat..

12 weeks pregnancy - check up semua xde problem. kecuali after scan. doc minta repeat scan 20weeks. mula2 xde langsung fikir negative. just ingat xde apa.

20 weeks pregnancy - kami jumpa doc utk repeat scan. doc kata baby kami ?anencaphely (takde tempurung kepala) doc explain padaku n husband. doc kata bahagian badan babyku semua normal. kecuali bahagian kepala. doc kata jantina babyku boy. macam2 perasaan yg aku rasa. rasa macam dalam mimpi pun ada. betul ke ni?aku harapkan semua ni silap. aku harapkan babyku normal. doc refer kepada doc specialist O&G. kami jumpa n doc sahkan babyku anencaphely.

bermula episod sedih dalam hidupku n husband. doc kata baby anencaphely  akan survive selagi dalam kandungan ibu. tp selepas dilahirkan xde lagi kes yg baby anencaphely leh hidup lama. doc suggest untuk aku bersalin awal. doc juga terangkan complication yg boleh berlaku jika bersalin term (cukup bulan). risiko untuk ceaser pun ada. jadi aku husband setuju utk aku bersalin awal.

22 weeks pregnancy - aku admit ward untuk menunggu masa untuk bersalin secara normal. doc masukkan ubat (prostin). masih bukaan 1cm. tapi aku tak rasa sakit contraction. aku warded selama 6 hari. ubat prostin dah dimasukkan 6 biji ( 2 cycle). aku minta untuk balik n rest for few days.

24 weeks pregnancy - aku admit ward semula. doc mula masukkan prostin (3rd cycle). lepas few hours doc check bukaan dah 4cm. aku dibawa ke labour room. doc cucuk iv drip (pitocin). mula rasa sakit contraction kuat. bila bukaan dah full..staff nurse yang conduct sambut babyku..aku selamat bersalin.. aku dengar dua kali tangisan babyku perlahan...nurse memanggil husbandku masuk..kami lihat baby kami..kecil je berat 450g..badan semua complete. kecuali kepalanya..husbandku azankan baby kami. sedih sangat nak melepaskan babyku pergi..melihat babyku menghembuskan nafas terakhirnya...Allah je yg tahu bagaimana perasaan kami berdua...air mata tak dapat dibendung lg..mak redha pemergianmu nak...

selesai bersalin..babyku dibawa ke mortuary untuk dimandi dan dikafankan..selepas disembahyangkan..babyku dikebumikan di tanah perkuburan di kg husbandku...

hari ini 21/8/2014 genap 3 bulan pemergian babyku yg diberi nama Ahmad Ammar...

Al fatihah buat anakku yang tersayang.....







Thursday 2 May 2013

2013

assalamualaikum....

rupanya dah setahun x post apa2 kat blog ni...bz sangat..inshaAllah lepas ni bila ada free time leh update lg..huhuhu

Monday 23 April 2012

bye husna

assamualaikum..


arini dah start kehilangan sorang member baik (nadiatul husna) yg telah bertukar ke hospital ipoh..hukhuk...thanks jadi sorang rakan kerja yg baik n selalu cover oncall akak..hehe..nasib baik teluk intan n kampar tu tak jauh mana..leh kita jumpa lagi...

ni la husna yg pakai tudung pink tu

Monday 16 April 2012

16 april

Assalamualaikum....

apa yg special sgt 16 april ni?ni yg aku nak habaq mai..ish ish lorat utara pulak..16 april 2008 la tarikh aku n member2 sebatch aku start posting(keje la)..masih tak bleh lupa aku dihantar posting ke kedah n dapat keje di baling...jauh tu...aku pun tak penah sampai..menangis woo...lepas lapor diri di jkn kedah, aku dihantar posting ke pkd baling n keje di klinik kesihatan kg lalang..fuh..nama klinik tu pun aku tak penah dengar. tapi setelah bekerja di situ selama hampir 2thn..pengalaman yg sgt best..staff..member2..org2 kampung..n org2 asli yg ramai kat situ...hehehe..skang aku dah tak keje di situ dah..bye bye baling..

i'm a new blogger...

Assalamualaikum.....

alhamdulillah akhirnya tercapai jugak hasrat sy nak create blog sy sendiri.
masih banyak yg perlu sy pelajari n 2day 16 april 2012 sy akan start menulis di blog ini menggantikan diari sy...hehehe...